BLOG

ANUGERAH TANI BERNAS 2019

Hotel Palace and Golden Horses, Serdang, Selangor

Menteri Pertanian dan Asas Tani (MOA), Datuk Salahuddin Ayub diiringi Pengerusi BERNAS, Megat Joha Megat Abdul Rahman menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) 2019 di Hotel Palace and Golden Horses, Serdang, Selangor.

Majlis Anugerah ini mengiktirafkan pesawah, pemborong, & pengilang Bumiputera sebagai diantara pemain industri penting dalam industri ini. Disamping itu, Datuk Salahuddin juga mengesa supaya menerokai secara menyeluruh bidang baru kepada permodenan pertanian.

Sementara itu, menurut Pengerusi BERNAS Megat Joha Megat Abdul Rahman berkata “Peningkatan produktiviti beras tempatan bukan saja dapat ditingkatkan sekali gus mengukuhkan bekalan beras dalam negara tetapi akan turut mempertingkatkan taraf ekonomi luar bandar sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mentransformasikan sektor agromakanan negara,”

Bidara Rice Sdn Bhd menerima Anugerah Pemborong Bumiputera Harapan 2019. En Hj Azbir Bin Abu Bakar menerima anugerah tersebut pada hari itu.

Selain itu, sebanyak 10 anugerah yang lain juga disampaikan pada malam tersebut termasuk 3 pesawah muda untuk anugerah utama pada malam itu.